Kambeng yg kiri skali tu nama dia boo. Kambeng di tengah² tu jam namanya.
Hati comel tak perlu diperkenalkan. Kamben tecik diseblah kanan tu namanya mint.
boo - profile.
jam - blog.
heart - tagboard.
mint - links & others.
I sayang cekelat. OH! Sorry, random sgt pulok. =)
I'm just a troublemaker trying to make peace with the world. Azwa lah nama saya. Age? Priceless 27~♥
Oh, skrg, di Kamunting, Taiping Bandar Warisan. Jom charkueyteow!♥♫♪♫♪
Chat dgn saye!♥ Navigate to my tagboard, thanks! Awak boleh ping-ping pingbox YM saye.(brape bnyk ping daa)
4/05/2012 11:23:00 PM
potpetpotpet saya lagi hari ini♥-`
Thursday, April 5, 2012
Kadang-kadang aku menjeruk rasa jugak bila cik abg senyap tanpa khabar berita.
Aku bukan tak faham bila dia bz.
Aku bukan tak faham dia kerja teruk-teruk balik terbongkang tido atas katil.
Lelaki tak boleh nak dipaksa².
Lagipun aku sedar aku belum ada apa-apa ikatan dengan dia.
Aku pun sedar aku bukan prioriti, kepentingan no 1 dalam hati dia,
walaupun nama dia teratas dalam hati aku.
Aku harap, aku berdoa,
Kalau dia ikhlas, dia ingat pada aku.
Cinta bukannya jalan sehala.
Sama-sama give and take..
Harap si dia sedar.. aku sedang tunggu dia..
Jangan biar aku tunggu sampai mati sudah la... hukhukhuk..
Org yang aku sangka aku nak jauhi,
jadi orang paling rapat dalam hidup aku.
Temani aku.Menangis dan ketawa dengan aku.
Cintai aku.
Je'taime, Muhammad Afis Bin Arba'ain..
Sangat sayang kamu.
Terima kasih.
Aku berusaha setiap hari kini,untuk masa depan.
Semoga dalam masa depan itu ada kau dan aku.
Kiranya ada jodoh, ku impikan hero dan heroin kecil yg akan menemani kita.
InsyaAllah.
salam.
maaf, sudah lama tak membebel disini.
sepanjang masa ya, saya benar² tak sihat.
demam
dan juga patah hati.
oleh mereka yang tak pernah menghargai.
mungkin sebab patah hati aku tak rela sembuh lagi dari demam ni.
mungkin aku tak diperlukan.
tapi ia bukan sebab untuk aku ulangi
kisah dulu.
Syukur juga aku fikir banyak sangat sebelum buat kerja singkat akal. Istighfar.
aku cuma patah hati.
aku tak boleh hilang arah.
aku belum mahu hilang nyawa.
aku nak kecapi apa yang orang lain pun mahu.
Bahagia.
SLMT MLM.
aku tahu.
Gemuk dan tidak cantik.=aku.
mungkin itu sbbnya kau pandang rendah pada aku?
its ok.
aku akan buktikn pd diri aku sendiri.
aku tak perlu buktikan apa² pd kau.
aku akan bergerak terus ke hadapan.
OH, heppinya aku!
Baju kebaya yang aku order dr Jakarta.
Sudah sampai!!
Cantik bangat!!
Terima kasih dik Maisarah!
Betul² puas hati lah~
Tgk yg realnyer baju mmg lawa~
ehehehe.. muke tak malu melaram baju raya pada hari pertama posa..
wakakakka~~
Selamat malam. Aku tahu kau mesti penat seharian bekerja.
Maaf kerana tak cukup memahami.
Maaf sebab tak menjadi teman baik kamu bila memerlukan.
Lewat malam ini, aku masih belum dapat tidur lagi.
Mungkin sudah cukup bagiku dapat mendengar suaramu hari ini.
Mungkin angan-angan saja difikiranku, tapi ini sajalah keberanian yang aku ada.
Aku rindu kamu, dan tiada apa lagi yang aku perlukan.
Sungguh, aku tak mengharap ucapan sayang.
Cukuplah ucapan selamat malam untuk hari ini..
kerana rindu bertimpa² padanya, saya telah meng'calling'(apekah, perkataan kuno!) incik mautberjalan.
berokben rosak katanya.
oh, takpelah. saya maafkan berok anda itu.
sekian.
On YM. Untok deadmanwalking. (suria perkasa hitam yang gagahberani.)
=AzwA= (8/7/2010 12:15:02 PM): suria perkasa hitam.. sudah benci saya kah..?
=AzwA= (8/7/2010 12:15:17 PM): sy minta maaf kalau ada singgung perasaan awk ok..
=AzwA= (8/7/2010 12:15:23 PM): jaga diri baik2..
Q: Setulus mana kita boleh doakan kebahagiaan seseorang,walaupun dia pernah sakiti hati dan perasaan kita?
A: Bagi saya, atas pendirian saya sendiri.
Sepenuhnya.
Saya doakan yang terbaik juga untuknya.
Moga-moga ada sedikit tempias bahagia itu terkena saya juga nanti.
Perlukah senarai mereka-mereka yang pernah singgah dihati saya?
Tak perlu rasanya.
Saya anggap cuma jodoh tiada, tak kesampaian.
Semua orang ingin berteman juga satu hari nanti. Saya mengaku tak mampu berseorangan lama-lama.
Bukan sebab ingin menggatal. Diri saya rasanya kurang lengkap sesuatu.
Eh, jangan salah faham! Masih ada family dan kawan² kiranya sudah cukup bahagia bukan?
Teman yang sanggup sehidup hingga akhir hayat kita cukup susah nak dicari.
Rare betul.
Macam kasut tumit tinggi 10 inci. Rata² pun 2.5 inci atau 3 inci saja. Paling cara pun 6 inci saja.
*Saya dah merepek sekarang ni!*
Teman sejati saya, cuma Yang Maha Esa! Yang itu, saya sudah pasti!
Simpati tak diperlukan. Bukan,bukan. Banyak yang saya syukuri. Saya masih lengkap tubuh badan.
Hidung dan mata saya masih belum hilang, apalagi hilang fungsi, Na'uzubillah!
Berpasangan perlu perasaan tulus ikhlas. Lebih indah kalau berjaya ke puncak perkahwinan bukan?
Saya juga ingin melengkapkan separuh dari iman dan agama saya. Saya juga teringin untuk merebut afdal dan pahala yang lebih bersama pasangan saya. Saya juga ingin merasai dan memberi kasih sebagai seorang ibu. Hmm! Awak tak teringin ke?
Cinta itu betul² aneh sekali. Kalau ada pun perasaan itu di hati saya, saya cukup takut sekali mencarinya.
Betul, saya akan beritahu perasaan saya. Saya takkan admire seseorang dari jauh tanpa diketahuinya. Tapi cukuplah sekadar dia tahu, saya takut nak mengejar cintanya. Saya malu nak mengharap kasih orang.
Mungkin lebih baik dia datang sendiri. Kamu, saya berterus terang bukan kerana ingin simpati kamu, cukuplah kiranya disini saja. Tak kira apapun perasaan kamu, yang pasti saya doakan setulus hati kebahagiaan kamu.
Lokasi, Home Sweet Home, bilik tidoq.
Aku tak paham, sunggoh! Tak reti nak paham.
Hari ini mencurah² kut air mata. Kenapa tiba² aku jadik perempuan drama murahan air mata nih.
Aku sole-survivor, tabahgagah skali, terkulai layu...?
Tak logik! Tak boleh diterima akal! Tidak!
Hari ini aku mengalami physical and emotional breakdown.
Physically=aku betul² tak sihat.
Emotionally=hati aku betul² tak sihat.
Cerita lain di suatu lokasi rahsia....
Ada sesuatu tentang dia yang aku suka.
Macam mana aku nak katakan?
Aku malu!Betul-betul malu sendiri!
Aku tengok+renung+pandang²jeling² diri aku dalam cermin waktu mengular dlm fitting room tempat kerja aku. err.. ini rahasia kita ya.. shhh!!!
Aku pandang atas+bawah+kiri+kanan.
Gagal sekali.
Cik Pipit yang berangan untuk terbang dengan incik Enggang, sila kembali ke mode realiti, sekian, terima kasih.
Mlm ini,kamu tak online.Mungkin kamu dah bubum tido.
Oh, kredit sy juga telah habis sbb bergayutan dgn adik.
Eh2.Saya tak marah pun.Saya tau kamu penat bekerja. Saya je tak letih-letih lagi mengadap komputer.
Saya minta maaf sbb sy rindu kamu.
Saya harap kamu rindu saya juga walaupun sekelumit, haha.
Siapalah saya untuk tahu apa dalam fikiran kamu.
Cuma picisan hati saya..
Saya senang dengan kamu.
oh.akurindubelog! ^^
aku dh 4 tahun tak sentuh blog ya!
sunggoh kesian.
kemana aku pergi?
masih disini.Taiping Bandar Warisan.Kamunting.
Cuma pekerjaan dah bertukar, cara hidup dh bertukar.
Status je masih sama=solo je! hahaha..Oh! Dah mcm iklan cari jodoh je bunyinya.
Aku dah 25 skrg. Mungkin cik Nurazwa anak Hj Azriy ni dah patut menetap di alam perkahwinan?
Ntah! Tuhan saja yang tahu ye! Doa-doakan la sy cepat² dpt jamu anda nasik minyak. Hehehehe..
P.S- ILY and I pray for your happiness. I need no sympathy from you, syg. Take care and farewell.